Monday, 12 March 2012

once upon a time, cousins.

minggu lepas hari rabu, hari berkumpul bersama rakan terdekat sambil mengunyah (?) pasta dan spagheti dan cheesecake dan segala bagai makanan yang sedap dan boleh buat air liur anak meleleh kalau suami tak belikan masa kau mengidam. okay kau tu perempuan je. sembang punya sembang, terkeluarlah cerita zaman kanak kanak riang ria ribena masing-masing. lalu mulalah mengimbas kembali kenangan terindah dolu dolu. indah kewww.

aku boleh kata zaman aku kecik2 dulu agak best and banyak kenangan. paling banyak bila main dengan sepupu belah mak. belah mak ramai sepupu lelaki so istilah main masakmasak or kawinkawin tu tak banyak dalam kamus kanak2 aku. selalunya main polis sentri, neneknenek, soroksorok, kejarkejar. tapi kitorang penah main 'isteri nak terberanak pegi hospital naik ambulans'. hahaha. the one and only scene yang aku ingat was this. aku jadi isteri yang nak terberanak tu. yg jadi suami, ijat. dengan memasukkan bantal dalam baju, aku menjerit kesakitan nak beranak. ijat panggilkan ambulans and the ambulance was the old sewing machine yang tolaktolak pakai kaki tu. hahha. jadi je kan. lepas 10 tahun cerita balik rasa macam bongek sangat boleh main benda tu. =.=' antara benda lain yg penah buat lagi ::

  • terbalikkan kerusi malas dan jadikan beca. nenek : "ape kau buat dengan kerusi aku tu??!"
  • buat khemah dari selimut yang besar. bangun pagi khemah tercabut.
  • bakar suratkhabar dan balingbaling kononkonon tengah main mercun dan bunga api. bila api dah merebak macam nak bakar rumah tau pulak kelam kabut cari air. hahaha. bila nenek tanya kenapa basah ni, "oh nek, kitorang basuh lantai ni kotor". :DD
  • mengembara kawasan setinggan tu dengan meredah segala kawasan semak samun.

adui apa tah lagi. masa dulu memang rapat dengan sepupu belah mak. sekarang dah besar, jauh and susah sangat nak jumpa. ada yang belajar kat sarawak, ada yang pergi belayar. bila kenduri pun ada je yang tak datang. tapi kalau semua ada jumpa, konfem segan. hahaha poyo.

banyak lagi kenangan zaman umur 4 - 11 tahun. umur 11 dah mula pindah melaka, bosan sangat. yang paling best, masa tinggal dekat kuantan. cehh keluar rumah bajet tomboy je pakai short, tshirt dengan cap. kat sini pun banyak benda yang aku main. rasanya aku ada cerita dulu kat previous blog tapi kalau rajin nanti aku buat entry pasal tu pulak. motif aku cerita semua ni pun taktau. saja je kot. :P

Naemon : pernah kena baling dengan rak buku, pernah kena kurung sebab ponteng maulidur rasul sekolah.
Hairu : pernah kena pukul dengan bendera yang lekat kat kereta tu sampai patah.
Aku : takde yang menarik sangat cuma pernah kena cili padi n lempang kat sebab cakap benda bukan2, kena kunci kat luar sebab taknak balik rumah, kena rotan dah biasa :), ah terlalu sikit memori buruk tersebut.

hargailah zaman kanak kanak anda dan jangan biarkan anak anak anda akan datang kekurangan adab dan sopan.

p/s :: duit oh duit.

No comments:

Post a Comment