Friday, 24 February 2012

ting ting ting alexander!

 tadi sedang online fesbuk lalu terjumpa sesuatu. jjang!

koleksi printscreen soal jawab dgn Ustaz Azhar Idrus
menarik kot bagi aku soalan dye ni. haha. motif? sebab aku terasa laa. aku tak pandai masak kot. sobs. :( bayangkanlah, dah nak masuk 20 tahun baru festime siang ikan. tu pun ikan kembung jee. padahal aku rasa siang ikan tu basic kot. hm kena tulis buku fundamental of cooking study? yeah great. tapi aku taklah zero dalam bab2 dapur masak ni. at least aku tahu lah nak masak nasi cemane and nasi yg aku tanak takpenah lagi lah keras ke tak bertukar jadi nasi ke kan. goreng2, potong2, i'm quite good. hehe.

lauk serius yg first sekali aku belajar ialah cemane nak buat sambal. motif serius? harihari kat rumah aku mesti ada sambal. takde tak sah. biasalah lidah tough memang kena makan pedas. aku tak ingat umur berapa aku belajar buat sambal. lepas tu aku belajar buat telur masak kicap dengan sayur goreng. haa yg ni buat sendiri sbb masa tu mak takde kat rumah jadi dye suruh aku sediakan lauk tu. dengan berbekalkan ilmu yg cetek, aku pun belasah laa. tp yg best tu menjadi beb. haha. secara kronologinya, aku tak ingat lah apa yg aku belajar buat dulu tapi by this time, antara yg aku dah boleh masak (walaupun tak sehebat mana) sup, kari, masak lemak putih, telur kicap, sayur2 (walaupun tak makan sayur), sambal, goreng2 tu memang takde hal lah insyaAllah. hee.

tapi biasalah kan saya budak baru nak belajar kalau salah tolong jolokkan tunjukkan. sepanjang panjang aku menjadi anak dara dapur, adalah beberapa insiden yg jelas menunjukkan bahawa aku bukan seorang yg memasak atau erti kata lainnye, buta dapur. erk boleh ke macam tu? tak tak. kurang memahami etika dapur. okay sounds better and nerdy.

- aku pernah buat sambal sotong. sambal sotong hangit. terbaik wehh. haha berusaha letak asam keping namun kepahitannya masih jelas terasa.


- puan emak suruh masukkan kunyit tapi aku masukkan lengkuas. patutlah masak lemak ni tak kuning?? kuikui.


- buat nasi goreng, tak letak garam. memang cantik dah hidang atas pinggan. okay, nasi goreng apa ni tawaq hambiaq? =.='


- goreng ikan hangus. haha tak patut betul. sebenarnya bukan hangus tapi terlebih garing.


- potong terung bulatbulat. nenek : kenapa potong terung macam ni?? haha i have no idea at all nak potong terung tu ada cara. i just simply cut into four, chop chop and done. 

aduhaii. gila ekstrem kan anak dara macam ni. hmm. tapi aku dah berazam, setiap kali aku balik rumah, i'll always go to the dapur and tengok puan emak masak. even mak tak suruh masak but i must learn any kind of cook things. macam cuti sem barubaru ni. seriously, most days aku yg sediakan lunch. then bila cuti dah nak habis, sedikit forlorn bila tengok rakanrakan mengupdate status 'menikmati harihari terakir masakan ibu'. padahal aku ni, menikmati harihari terakhir masakan sendiri. sobs. huhu tapi takpelah. sumpah ada hikmah. aku kan nak kahwin dahh. haaa wajiblah pandai masak. walaupun ustaz cakap tak salah, tapi itu kekurangan bagi seorang wanita. and aku taknak aku ada kekurangan di mata suami aku dalam bab masak ni even i know encik AA is a good cook. dye masak daging panggang black pepper wehh. fuh. nanti wajiblah ada scene romantikus aku dgn encik AA di dapur masa masak. ahha mula dah mula dah.

so. basically, memasak ni merupakan satu skill yg sepatutnya seorang perempuan ada. dulu, aku tak penah langsung tolong mak aku kat dapur. tapi bila dah ada kesedaran nak kahwin barulah buat muka tembok cakap kat mak nak tolong. kikiki. aku sedih bila apa yg aku masak tu kurang menjadi atau kurang enaknya tapi syukurlah mak kata biasalah baru2 belajar. lepasni dah tau dah apa yg nak kena buat. orang kata, learn from mistakes. experience is the best teacher. haa kann. hihi. jadi, satu hari nanti aku akan menjadi seorang tukang masak @ chef yg berjaya untuk suami aku, encik AA. ;DD ( ? ) okayyy kenapa hyperbola sangat ayat last tu. secara konklusinya, aku akan teruskan usaha murni aku ni untuk menjadi seorang pakar, expert, specialist dalam hal masak and dapur. err tak. cukuplah jika sekadar ada pengetahuan. hehe. :)

p/s :: bergaduh tak baik untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment