Friday, 17 February 2012

So Syok Holidays! :: Part 4

setelah berdingin kesejukan selama dua malam, tibalah hari kereta didaftarkan untuk pemeriksaan. seawal pagi ayah and Muaz bersama Peksu keluar menuju pekan Ipoh, aku tinggal dengan puan emak and Ain. haruslah bosan duduk terperap lalu keluar menghiburkan hati. ala-ala girls' day out gitu wehh haritu tu. awww.   disebabkan daya graviti strawberry sungguh kuat, jadi pergi breakfast merangkap lunch ke strawberry farm semalam. huehuee.

kita makan waffles dgn strawberry milkshake yg smalam tu plus strawberry sundae, fresh strawberry juice,  strawberry cheesecake and french fries.
 fuh cukuplah 2 hari, aku dah rasa muak. tak cukup dengan tu, bawak balek pulak tu. mana lah tak mabuk kan.

have fun with this again, until whenwhen
 lepastu jalan lah lagi. dan haruslah ada gambar bersama bunga lagi.

this flower originates from Holland
 lepas dari tu, pergi jalan jalan ke kedai yg berhampiran memandangkan duit berkepuk tak tahu nak habiskan di mana. ada lah beli barang barang yg  tak dapat time duludulu seperti payung strawberry, selipar tidur strawberry, dan apa lah lagi. lepastu pegi usha central market untuk membeli baju yg ada tulis Cameron Highlands. ini wajib eh kalau pergi bercuti di tempat orang lain. tak cukup dengan makanmakan strawberry tadi, beli KFC dan juga maggi. cuaca sejuk memang lapar sokmo eh? habis sehh eksesais selama ni aku buat. =.='
dannn untuk melengkapkan lagi hidangan pemusnah usaha kurus, dinner di ikan bakar. whoa ! siapa boleh makan sikit jee kat tempat heaven macam ni? :P kita pergi makan dengan Peksu sekeluarga.

lihat, muka kenyang tapi masih nak makan lagi
 tunggu makanan. saaangat banyak makanan yg di order. ikan, ayam, udang, telur, tomyam. pehh. silap hari bulan, guwa ukur lilit perut dah sama macam mak guwa mengandungkan adik guwa dulu. kihkih.

comel kan? 
 macam kaklong dye. mengaku je lahh. ni Adam Irsyad. anak Meksu. aku ada cerita pasal kelahiran dye ni waktu 1 Syawal dalam previous blog. :)

orang kuat majlis
sebagai tanda terima kasih, aku turut menumpang saguhati yg diberikan. padahal sebelum keluar dah makan maggi, tapi masih boleh menghabiskan sepinggan nasi bersama semangkuk tomyam dan beberapa potong ikan yg berlainan jenis dan rasa. mantopp perut i kann.

from left; Peksu, Icad, Meksu dan puan emak (?)
lihat model hitam, welcome to Nik Ikan Bakar Dan Tomyam
udara malam tersebut sangat sejukkk. walaupun telah berusaha untuk memanaskan badan dengan makan banyak, tetapi tetap tidak boleh menewaskan angin malam tanah tinggi ini.

muka suci
alhamdulillah kereta berjaya dibaiki dengan pantas sekali maka boleh lah berjalan ke ladang teh keesokan harinya.

view from upper hill
buah teh
okay baru tahu pokok teh ada buah. ngeh.

tinggi kan pokok teh ni rupanya
okay mengaka jee
makcik pekerja ladang, model sambilan
haha. nak kata seronok kat ladang teh ni takde lah excited sangat tetapi disebabkan view nya cantik maka haruslah ke sini untuk mengambil gambar. superb. kemudian, terus bergerak ke destinasi yg lebih jauh lagi iaitu Taman Bunga Lebah (kot, tak ingat).

dandelions. bajet korea 3
meremang kott bulu roma
honey stick
lepas tu pulak, terus pergi ke Tanah Rata sebab ingatkan nak pergi melawat MARDI. tapi akibat sampai pada waktu rehat maka plan dibatalkan lalu bersiar siar sahaja di pekan yg agak panas ini.

no caption

bunga lagi
sukaa. macam kat overseas. huehue.

cowboy cameron
jalan jalan tu terjumpa lah kedai jual barangan kulit original. memang lembut, berseni and perfect. cehh mentang mentang diorang ni masuk paper Kosmo! , saja bodek konon nak dapat gelang kulit free letteww.
setelah waktu melawat tamat, pulanglah ke kediaman lalu memerapkan diri sambil berkemas untuk pulang esok. sobs.

sebelum pulang, singgah ke rumah Meksu untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal. Tringkap.

Icad dan Paklong beliau
tu lah encik bapak. bila orang tanya kenapa tak tambah kata dah lupa cemane nak tambah. sekarang lihat, siapa yg rindukan budak kecik kat rumah? :P
dalam perjalanan pulang, singgah ke Avant Chocolate. ye boleh lihat seperti yg tertera dalam gambar.

spot my tshirt

dan bunga lagi
singgah sini sbb niat nak membeli coklat. tapi disebabkan tiada cop halal di kotak maka bersiar sahaja. kat tempat ni ada je strawberry tp tak boleh petik. then ada tanam labu, tomato, anggur. ada ayam, turkey, burung kaler biru, bunga bungaan. lepas tu takmau melepaskan peluang menikmati hidangan penyejuk tekak.

kids wonderland, bubbles dilarikan
best gilaaa dapat minum air full chocolate. sedappp!

rasa nak lagiii T_T
selepas waktu melepasi 1.30 hampir ke 2 petang, kita teruskan perjalanan pulang. kenapa? sebab hari tu hari jumaat. hehe nanti malu lah papa i. siapa je yg tahu kitorang tengah travel? kate koooo.

selamat tinggal CH
okay byeeeeeee i nak tidoooo.

tu je lah seminggu dalam cuti semester yg magnificent dengan family. lepas ni encik bapak dah start kerja banyak sbb plant shut down jadi haruslah tiada cuti panjang sebegini lagi. sobs. jadi siri So Syok Holidays berhenti di sini. jumpa di lain entry bersama tajuk yg baru. wakaka.

p/s :: ada benda aku reda, ada benda aku melenting. watch out.

No comments:

Post a Comment