Monday, 13 February 2012

So Syok Holidays! :: Part 2

maka disebabkan hari beransur petang, destinasi terus ke I-City Shah Alam demi melihat lampu-lampu yang hanya hidup pada waktu malam. no wonder lah parking fee after 6 pm is rm10 while before 6 pm is only rm1. jadah apa kan nak tengok siangsiang tu. setakat masuk arcade or mini funfair tu dekat belakang rumah pun ada. jadi berbekalkan attire yg sama, inilah diaaaa..

welcome to the i-city, no.1 technology city
 orang kata i-city takde apa pun. gebang je lebih. tapi, aku rasa okay jee. apa salahnya pergi. rumah kau ade ke lampu segala meriah macam tu timah?

pernah jumpa zebra kalerkaler begini?

dengan adik hot gituu
 masa ni naik kereta. kereta apa pun aku taktau lah nak cakap. 1 car max 2 persons only. harga biasa rm10. masa CNY aku pergi ni jadi double howkeyhh. memang games fee kat sini mahal. biasalah maintenance tinggi kan. macam jugak kau dapat awek ala ala uptown girl. :P

siriusLEE cantik
 rasa macam Alice In Wonderland jee bila lalu kat tengah tengah rimbunan pokok lampu ni. rasa macam artis pun ada jugak. bling bling. wakaka.

Genting sort of
saja mengada nak main ni. padahal masa pegi Genting Highlands last two years *masa CNY jugak* dah puas gila babeng main ni. dari pagi sampai nak ke tutup sampai abang tukang jaga tu pun dah kenal kitorang. :: kau lagi?

selain dua benda kat atas tu, ada lagi Pirate Ship, Merry Go Round, Ferris Wheel, Zoo Mini, Mini Games, Arcade. sekali main rm5. tapi yg mini games tu sekali main rm4. pulak tu dapat sekali try jee. hampeh cekik darah betul. macam Edward. okay tak pun. but i admit, reasonable lah mahalmahal tu sebab of course electric cost tinggi. *taktau sebenarnya pakai current ke apa.

snow house
 dan salah satu tarikan utama yg lain kat sini ialah ada Snow House. untuk dewasa rm35 tp ada Mykad jadi rm25. disebabkan dalam family aku dah takde kanak-kanak jadi aku tak pasti berapa harga tiket bagi kanak-kanak. rasa macam berbaloi kot bayar banyak tu sebab boleh lepak dalam tu selama mana kau nak. kalau kau masuk start pukul 6 pm, sampai 6 am esok pun kau boleh stay dalam tu. jangan risau, jacket pemanas diberi. TAPI awas perempuan awas gerak langkahmu wo woo. dalam bilik tu gilagilagilagila babeng babas nye sejuk. kalau kau pakai selipar macam Muaz tu ataupun seluar steng macam encik bapak, konfem jadi snowman ukiran terbaru.

slideshow bhahah
 takkan lah snow house sekadar nak main fake snow je kan. terdapat lah berbagai bagai ukiran ais dalam tu. tak kurang juga beberapa hiburan seperti gelongsor ais. ada  tiga jenis gelongsor dalam ni. firstly, pakai original butt. macam gambar ni.

see. aku dah kata hiburan. gelakkan aku.
 secondly, guna pelampung. lastly, guna kereta sort of. yg ni tak dapat digambarkan kerana tukang gambar turut join. hehee.

ice bar.
best gilaa dalam ni. tak sia sia lah.

bajet korea
 aku ada jugak simpan impian nak pergi melawat Korea. tapi bukanlah sebab nak jumpa Bi Rain ke, jang geun Suk ke, Nichkun ke. sekadar tengok tempat orang jee. dapat time winter, pehh. beromantikus lah aku dengan encik AA. ohhh. *_* mula dah mula dah.

omaigod encik ayah dah jadi snowman. 

sooo amacam? agak agak korang nak try tak visit I-City ni? pergilah. walaupun orang kata macam macam, tapi belum cuba belum tahu. kan? kan? tak rugi nye lah. :)

nak sambung ke tak nak sambung ke tak. jumpa part 3 nanti lah. boboiboyyy.


p/s :: aayok taktayokk.

No comments:

Post a Comment