Friday, 24 February 2012

ting ting ting alexander!

 tadi sedang online fesbuk lalu terjumpa sesuatu. jjang!

koleksi printscreen soal jawab dgn Ustaz Azhar Idrus
menarik kot bagi aku soalan dye ni. haha. motif? sebab aku terasa laa. aku tak pandai masak kot. sobs. :( bayangkanlah, dah nak masuk 20 tahun baru festime siang ikan. tu pun ikan kembung jee. padahal aku rasa siang ikan tu basic kot. hm kena tulis buku fundamental of cooking study? yeah great. tapi aku taklah zero dalam bab2 dapur masak ni. at least aku tahu lah nak masak nasi cemane and nasi yg aku tanak takpenah lagi lah keras ke tak bertukar jadi nasi ke kan. goreng2, potong2, i'm quite good. hehe.

lauk serius yg first sekali aku belajar ialah cemane nak buat sambal. motif serius? harihari kat rumah aku mesti ada sambal. takde tak sah. biasalah lidah tough memang kena makan pedas. aku tak ingat umur berapa aku belajar buat sambal. lepas tu aku belajar buat telur masak kicap dengan sayur goreng. haa yg ni buat sendiri sbb masa tu mak takde kat rumah jadi dye suruh aku sediakan lauk tu. dengan berbekalkan ilmu yg cetek, aku pun belasah laa. tp yg best tu menjadi beb. haha. secara kronologinya, aku tak ingat lah apa yg aku belajar buat dulu tapi by this time, antara yg aku dah boleh masak (walaupun tak sehebat mana) sup, kari, masak lemak putih, telur kicap, sayur2 (walaupun tak makan sayur), sambal, goreng2 tu memang takde hal lah insyaAllah. hee.

tapi biasalah kan saya budak baru nak belajar kalau salah tolong jolokkan tunjukkan. sepanjang panjang aku menjadi anak dara dapur, adalah beberapa insiden yg jelas menunjukkan bahawa aku bukan seorang yg memasak atau erti kata lainnye, buta dapur. erk boleh ke macam tu? tak tak. kurang memahami etika dapur. okay sounds better and nerdy.

- aku pernah buat sambal sotong. sambal sotong hangit. terbaik wehh. haha berusaha letak asam keping namun kepahitannya masih jelas terasa.


- puan emak suruh masukkan kunyit tapi aku masukkan lengkuas. patutlah masak lemak ni tak kuning?? kuikui.


- buat nasi goreng, tak letak garam. memang cantik dah hidang atas pinggan. okay, nasi goreng apa ni tawaq hambiaq? =.='


- goreng ikan hangus. haha tak patut betul. sebenarnya bukan hangus tapi terlebih garing.


- potong terung bulatbulat. nenek : kenapa potong terung macam ni?? haha i have no idea at all nak potong terung tu ada cara. i just simply cut into four, chop chop and done. 

aduhaii. gila ekstrem kan anak dara macam ni. hmm. tapi aku dah berazam, setiap kali aku balik rumah, i'll always go to the dapur and tengok puan emak masak. even mak tak suruh masak but i must learn any kind of cook things. macam cuti sem barubaru ni. seriously, most days aku yg sediakan lunch. then bila cuti dah nak habis, sedikit forlorn bila tengok rakanrakan mengupdate status 'menikmati harihari terakir masakan ibu'. padahal aku ni, menikmati harihari terakhir masakan sendiri. sobs. huhu tapi takpelah. sumpah ada hikmah. aku kan nak kahwin dahh. haaa wajiblah pandai masak. walaupun ustaz cakap tak salah, tapi itu kekurangan bagi seorang wanita. and aku taknak aku ada kekurangan di mata suami aku dalam bab masak ni even i know encik AA is a good cook. dye masak daging panggang black pepper wehh. fuh. nanti wajiblah ada scene romantikus aku dgn encik AA di dapur masa masak. ahha mula dah mula dah.

so. basically, memasak ni merupakan satu skill yg sepatutnya seorang perempuan ada. dulu, aku tak penah langsung tolong mak aku kat dapur. tapi bila dah ada kesedaran nak kahwin barulah buat muka tembok cakap kat mak nak tolong. kikiki. aku sedih bila apa yg aku masak tu kurang menjadi atau kurang enaknya tapi syukurlah mak kata biasalah baru2 belajar. lepasni dah tau dah apa yg nak kena buat. orang kata, learn from mistakes. experience is the best teacher. haa kann. hihi. jadi, satu hari nanti aku akan menjadi seorang tukang masak @ chef yg berjaya untuk suami aku, encik AA. ;DD ( ? ) okayyy kenapa hyperbola sangat ayat last tu. secara konklusinya, aku akan teruskan usaha murni aku ni untuk menjadi seorang pakar, expert, specialist dalam hal masak and dapur. err tak. cukuplah jika sekadar ada pengetahuan. hehe. :)

p/s :: bergaduh tak baik untuk kesihatan.

Wednesday, 22 February 2012

Wordless Wednesday #2


#panggil aku Sya'A.

p/s :: history might be happened again. in fact, it has already happened.

sakit.

sakit.
apa yang sakit?
siapa?
siapa yang sakit?
mana?
mana yang sakit?
huh.
aku.
aku yang sakit.
sakit dada sakit kepala sakit hati sakit jiwa sakit minda sakit raga sakit segala.
dada aku sesak sempit menghalang aku dari bernafas dengan tenang.
kepala aku serabut bercelaru menghalang aku dari berfikir dengan senang.
hati aku bengkak bernanah menghalang aku dari berasa riang.
jiwa, raga aku kacau bergelora menghalang aku dari bersenang lenang.
minda aku berselerak melayang menghalang aku dari beradu dengan nyaman.
ah. sajak sungguh berkata-kata.

berikan aku penawar.
agar aku sembuh seperti sediakala.

p/s :: seek for The Light.

Friday, 17 February 2012

So Syok Holidays! :: Part 4

setelah berdingin kesejukan selama dua malam, tibalah hari kereta didaftarkan untuk pemeriksaan. seawal pagi ayah and Muaz bersama Peksu keluar menuju pekan Ipoh, aku tinggal dengan puan emak and Ain. haruslah bosan duduk terperap lalu keluar menghiburkan hati. ala-ala girls' day out gitu wehh haritu tu. awww.   disebabkan daya graviti strawberry sungguh kuat, jadi pergi breakfast merangkap lunch ke strawberry farm semalam. huehuee.

kita makan waffles dgn strawberry milkshake yg smalam tu plus strawberry sundae, fresh strawberry juice,  strawberry cheesecake and french fries.
 fuh cukuplah 2 hari, aku dah rasa muak. tak cukup dengan tu, bawak balek pulak tu. mana lah tak mabuk kan.

have fun with this again, until whenwhen
 lepastu jalan lah lagi. dan haruslah ada gambar bersama bunga lagi.

this flower originates from Holland
 lepas dari tu, pergi jalan jalan ke kedai yg berhampiran memandangkan duit berkepuk tak tahu nak habiskan di mana. ada lah beli barang barang yg  tak dapat time duludulu seperti payung strawberry, selipar tidur strawberry, dan apa lah lagi. lepastu pegi usha central market untuk membeli baju yg ada tulis Cameron Highlands. ini wajib eh kalau pergi bercuti di tempat orang lain. tak cukup dengan makanmakan strawberry tadi, beli KFC dan juga maggi. cuaca sejuk memang lapar sokmo eh? habis sehh eksesais selama ni aku buat. =.='
dannn untuk melengkapkan lagi hidangan pemusnah usaha kurus, dinner di ikan bakar. whoa ! siapa boleh makan sikit jee kat tempat heaven macam ni? :P kita pergi makan dengan Peksu sekeluarga.

lihat, muka kenyang tapi masih nak makan lagi
 tunggu makanan. saaangat banyak makanan yg di order. ikan, ayam, udang, telur, tomyam. pehh. silap hari bulan, guwa ukur lilit perut dah sama macam mak guwa mengandungkan adik guwa dulu. kihkih.

comel kan? 
 macam kaklong dye. mengaku je lahh. ni Adam Irsyad. anak Meksu. aku ada cerita pasal kelahiran dye ni waktu 1 Syawal dalam previous blog. :)

orang kuat majlis
sebagai tanda terima kasih, aku turut menumpang saguhati yg diberikan. padahal sebelum keluar dah makan maggi, tapi masih boleh menghabiskan sepinggan nasi bersama semangkuk tomyam dan beberapa potong ikan yg berlainan jenis dan rasa. mantopp perut i kann.

from left; Peksu, Icad, Meksu dan puan emak (?)
lihat model hitam, welcome to Nik Ikan Bakar Dan Tomyam
udara malam tersebut sangat sejukkk. walaupun telah berusaha untuk memanaskan badan dengan makan banyak, tetapi tetap tidak boleh menewaskan angin malam tanah tinggi ini.

muka suci
alhamdulillah kereta berjaya dibaiki dengan pantas sekali maka boleh lah berjalan ke ladang teh keesokan harinya.

view from upper hill
buah teh
okay baru tahu pokok teh ada buah. ngeh.

tinggi kan pokok teh ni rupanya
okay mengaka jee
makcik pekerja ladang, model sambilan
haha. nak kata seronok kat ladang teh ni takde lah excited sangat tetapi disebabkan view nya cantik maka haruslah ke sini untuk mengambil gambar. superb. kemudian, terus bergerak ke destinasi yg lebih jauh lagi iaitu Taman Bunga Lebah (kot, tak ingat).

dandelions. bajet korea 3
meremang kott bulu roma
honey stick
lepas tu pulak, terus pergi ke Tanah Rata sebab ingatkan nak pergi melawat MARDI. tapi akibat sampai pada waktu rehat maka plan dibatalkan lalu bersiar siar sahaja di pekan yg agak panas ini.

no caption

bunga lagi
sukaa. macam kat overseas. huehue.

cowboy cameron
jalan jalan tu terjumpa lah kedai jual barangan kulit original. memang lembut, berseni and perfect. cehh mentang mentang diorang ni masuk paper Kosmo! , saja bodek konon nak dapat gelang kulit free letteww.
setelah waktu melawat tamat, pulanglah ke kediaman lalu memerapkan diri sambil berkemas untuk pulang esok. sobs.

sebelum pulang, singgah ke rumah Meksu untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal. Tringkap.

Icad dan Paklong beliau
tu lah encik bapak. bila orang tanya kenapa tak tambah kata dah lupa cemane nak tambah. sekarang lihat, siapa yg rindukan budak kecik kat rumah? :P
dalam perjalanan pulang, singgah ke Avant Chocolate. ye boleh lihat seperti yg tertera dalam gambar.

spot my tshirt

dan bunga lagi
singgah sini sbb niat nak membeli coklat. tapi disebabkan tiada cop halal di kotak maka bersiar sahaja. kat tempat ni ada je strawberry tp tak boleh petik. then ada tanam labu, tomato, anggur. ada ayam, turkey, burung kaler biru, bunga bungaan. lepas tu takmau melepaskan peluang menikmati hidangan penyejuk tekak.

kids wonderland, bubbles dilarikan
best gilaaa dapat minum air full chocolate. sedappp!

rasa nak lagiii T_T
selepas waktu melepasi 1.30 hampir ke 2 petang, kita teruskan perjalanan pulang. kenapa? sebab hari tu hari jumaat. hehe nanti malu lah papa i. siapa je yg tahu kitorang tengah travel? kate koooo.

selamat tinggal CH
okay byeeeeeee i nak tidoooo.

tu je lah seminggu dalam cuti semester yg magnificent dengan family. lepas ni encik bapak dah start kerja banyak sbb plant shut down jadi haruslah tiada cuti panjang sebegini lagi. sobs. jadi siri So Syok Holidays berhenti di sini. jumpa di lain entry bersama tajuk yg baru. wakaka.

p/s :: ada benda aku reda, ada benda aku melenting. watch out.

Wednesday, 15 February 2012

So Syok Holidays! :: Part 3


jadi, selepas pulang dari melawat kawasan pada tengah malam, mata tak boleh dilelapkan akibat panahan cahaya yg melampau. disebabkan pukul 4 pagi mahu gerak ke destinasi seterusnya maka haruslah online dan sambung menonton we got married buat kali ke berapa entah. selepas mandi pada pukul 3.30 pagi dan menyiapkan barang segala bagai, here we go toooooooo Cameron Highlands. jyeahh!

bak kata orang, dalam suka pasti ada duka. dan begitulah yg terjadi apabila dalam perjalanan, dugaan ditimpakan tanda Allah rindukan rintihan hambaNya, kereta buat hal. meragam macam budak kecik mintak pedang mainan yg ada sound and light effect star wars. actually, this matter had happened once about a week ago but tu lah dah nak jadi lagi sekali kan.

mula mula lampu engine menyala. means that engine is in a problem. fine ayah teruskan jugak hopefully dapat sampai atas. bila minyak dah auto press, bila start je engine rpm naik tinggi habis, bila press pulak takpegi, memang tak lah. silapsilap arwah, we turned back down after 10 km dah start daki. lalu tersadailah kereta di tepi pekan for almost 4 hours. 

sedih tengok susah hati ayah
memang best bila pegi time CNY, ce bitau workshop mana bukak? syukurlah ada adik ayah yg bersungguh-sungguh tolong. banyak kali ayah cakap yg jasa Peksu tu besar. T_T to be shorten, kereta kena tinggal kat Proton, 2 days later baru boleh check apa problem. while waiting for ayah and Peksu escort kereta dgn tow truck mcm dalam p/s entry yg lepas, kitorang the rest pegilah lepak kat nasi kandar karisma. okay makanan memang sedap, jadi akibat dehydrated *konon* maka minum bergelas gelas air. then after that, Peksu bawakkan naik atas and syukur, thanks to the owner of the restaurant yg tolong hantar jugak. tak muat nak naik honda city tu 6 org. jadi first day kat CH takbuat pape lah just lepak kat umah Peksu and spent 1 night there.

so, the second day we headed to the home-stay yg ayah dah booked, *rugi 1 malam* dan meneruskan plan yg sudah tergelincir dari landasan asalnya. berbekalkan dua kaki yg gagah, kita pergi ke Big Red Strawberry Farm.

family photo is a must
untuk first timer macam aku ni, teruja lah pegi sini kan. dapat tengok banyak strawberry. mana nak jumpa kat melaka strawberry live macam tu ce kabo. okay kat tesco jusco giant memang ada jual yg packed punya tapi tak se cool se superb live. haha over kau jahh.

aku tahu kau suka amik gambar macam ni

tabiat dari kecik
kat sini boleh petik sendiri tapi haruslah kan di charge. 1/2 kilo for rm25, minimum. nanti akan dapat sebakul and dua gunting sbb yg boleh masuk farm untuk petik hanya 2 org sahaja. so i was given the opportunity together with my lil sis Ain. hehe. 

bakal jadi bakul 'picnic'

cita-cita lepasni nak jadi peladang strawberry ah
 disebabkan kesusahan mengambil gambar saat berharga begini, maka tukang gambar telah menceroboh kawasan tanpa diketahui oleh aBANG LA tersebut.

haruslah ada
 jjang! total kutipan kami pada hari itu sebanyak rm48. mannnyak untung.

bajet korea 2
 selepas membeli belah strawberry, kita melawat kedai souvenir kat situ. FULL OF STRAWBERRY PRODUCTS. macam rambang mata je nak pilih beli. ada teh, coklat, biskut, jelly, chokichoki, sabun, jus, syampu, keychain, beg, bantal, selipar, dan sebagainya. dan tak lupa juga, kedai yg menyajikan pelbagai hidangan dari strawberry.

le me with strawberry milkshake, strawberry lassi and fresh strawberyy with whipped cream

add on, strawberry waffles with ice cream, fresh strawberry with yoghurt and honey, and strawberry float

add on, strawberry flavour pancake, strawberry dipped in chocolate
aku boleh kata lah, tempat tu macam strawberry heaven. baaaanyak lagi yg ada cuma perut tak sebesar kedai tu. pehh. memang puas gila babeng dgn strawberry. jadi sila lah kira berapa banyak perkataan strawberry yg ada dalam entry ni skang.

selain tu, biaslah ada bunga-bungaan, sayur-sayuran, pokok-pokokkan dan model-modelan. bila sampai kat CH ni, aku rasa macam auto transform ke minah bunga oh. =.='




siriusLEE memang cantik. tapi tu la kalau bawak balik melaka, konfem jahanam. lepas tu, headed to Cactus Valley. sumpah banyakkk sangat cactus. subhanallah macam macam bentuk, saiz, rupa yg ada. tak pernah tengok. kadangkadang rasa seram pun ada. huehue. lepas kat kaktus tu, cross the bridge untuk ke bahagian bunga-bunga dan pokok sayur.

kiss you through the flowers.
pesakit leukimia
toe-may-toe
 besar kawasan ni. ada pokok epal lah, terung lah, tapi akibat tak berbuah maka tiada gambar yg dapat ditonjolkan. dan hasil lawatan hari ini .....

yg mengandungi pelbagai makanan. ehem.
 selepas mandi dengan air yg sejuk hingga ke tulang like seriously, lantas tanpa berlengah lagi teruskan perjalanan ke pasar malam. the first time view org cina rancak berniaga di pasar malam. jadi pelik sbb tak pernah nampak chinese jual mi goreng, kuih bom, nasi goreng, and macam macam. okay best la suasana malam. sejukkkkkkkk sangatttt. huehue.

sebelum pergi
 selepas balik tak dapat ditonjolkan kerana tangan penuh dengan plastik makanan. :))

therefore, i found that CH was interesting. sbb benda yg tiada di melaka ada di sini. err cuma ada pollution yg ketara lah. :P jadi jumpa di part 4 pulak. sekian~

p/s :: apa salah aku sampai boleh jadi macam ni?

Monday, 13 February 2012

So Syok Holidays! :: Part 2

maka disebabkan hari beransur petang, destinasi terus ke I-City Shah Alam demi melihat lampu-lampu yang hanya hidup pada waktu malam. no wonder lah parking fee after 6 pm is rm10 while before 6 pm is only rm1. jadah apa kan nak tengok siangsiang tu. setakat masuk arcade or mini funfair tu dekat belakang rumah pun ada. jadi berbekalkan attire yg sama, inilah diaaaa..

welcome to the i-city, no.1 technology city
 orang kata i-city takde apa pun. gebang je lebih. tapi, aku rasa okay jee. apa salahnya pergi. rumah kau ade ke lampu segala meriah macam tu timah?

pernah jumpa zebra kalerkaler begini?

dengan adik hot gituu
 masa ni naik kereta. kereta apa pun aku taktau lah nak cakap. 1 car max 2 persons only. harga biasa rm10. masa CNY aku pergi ni jadi double howkeyhh. memang games fee kat sini mahal. biasalah maintenance tinggi kan. macam jugak kau dapat awek ala ala uptown girl. :P

siriusLEE cantik
 rasa macam Alice In Wonderland jee bila lalu kat tengah tengah rimbunan pokok lampu ni. rasa macam artis pun ada jugak. bling bling. wakaka.

Genting sort of
saja mengada nak main ni. padahal masa pegi Genting Highlands last two years *masa CNY jugak* dah puas gila babeng main ni. dari pagi sampai nak ke tutup sampai abang tukang jaga tu pun dah kenal kitorang. :: kau lagi?

selain dua benda kat atas tu, ada lagi Pirate Ship, Merry Go Round, Ferris Wheel, Zoo Mini, Mini Games, Arcade. sekali main rm5. tapi yg mini games tu sekali main rm4. pulak tu dapat sekali try jee. hampeh cekik darah betul. macam Edward. okay tak pun. but i admit, reasonable lah mahalmahal tu sebab of course electric cost tinggi. *taktau sebenarnya pakai current ke apa.

snow house
 dan salah satu tarikan utama yg lain kat sini ialah ada Snow House. untuk dewasa rm35 tp ada Mykad jadi rm25. disebabkan dalam family aku dah takde kanak-kanak jadi aku tak pasti berapa harga tiket bagi kanak-kanak. rasa macam berbaloi kot bayar banyak tu sebab boleh lepak dalam tu selama mana kau nak. kalau kau masuk start pukul 6 pm, sampai 6 am esok pun kau boleh stay dalam tu. jangan risau, jacket pemanas diberi. TAPI awas perempuan awas gerak langkahmu wo woo. dalam bilik tu gilagilagilagila babeng babas nye sejuk. kalau kau pakai selipar macam Muaz tu ataupun seluar steng macam encik bapak, konfem jadi snowman ukiran terbaru.

slideshow bhahah
 takkan lah snow house sekadar nak main fake snow je kan. terdapat lah berbagai bagai ukiran ais dalam tu. tak kurang juga beberapa hiburan seperti gelongsor ais. ada  tiga jenis gelongsor dalam ni. firstly, pakai original butt. macam gambar ni.

see. aku dah kata hiburan. gelakkan aku.
 secondly, guna pelampung. lastly, guna kereta sort of. yg ni tak dapat digambarkan kerana tukang gambar turut join. hehee.

ice bar.
best gilaa dalam ni. tak sia sia lah.

bajet korea
 aku ada jugak simpan impian nak pergi melawat Korea. tapi bukanlah sebab nak jumpa Bi Rain ke, jang geun Suk ke, Nichkun ke. sekadar tengok tempat orang jee. dapat time winter, pehh. beromantikus lah aku dengan encik AA. ohhh. *_* mula dah mula dah.

omaigod encik ayah dah jadi snowman. 

sooo amacam? agak agak korang nak try tak visit I-City ni? pergilah. walaupun orang kata macam macam, tapi belum cuba belum tahu. kan? kan? tak rugi nye lah. :)

nak sambung ke tak nak sambung ke tak. jumpa part 3 nanti lah. boboiboyyy.


p/s :: aayok taktayokk.