Thursday, 12 January 2012

refresh.

 alhamdulillah yeah, i'm coming back to this 'tell your story to people all over the world' world. haha tak sebenarnya it is all depend on how you make your story to be told whether it's like this :


"harini kita pegi kedai apek rabun depan tu nak beli santan. kita pakai baju hijau dengan seluar merah. tudung pulak kaler biru. masa kita tengah jalan, kita tersepak batu. kita jatuh. sakit sangat T_T ."

or like this :

"wuwuw. itew gadow nan bf itew. ye katew itew adew lakiey laen. itew cdey cgt. b, bby ta dew lakiey laen slaen b aww. b da janjiey ann na bwk bby pegi laut neok ong bak winduu."

or like this :

"mungkin kehidupan ini hanya mahu mempermainkan aku. apakah salahku sehingga aku diperlakukan sebegini rupa? Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar Engkau memberikan aku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang berbaki ini."


or whatever it is, i don't give a damn. blog ini dicipta, aku pun taktau untuk apa sebenarnya. ada orang jadikan medium berdakwah, media hiburan, diari hidup, luahan hati perasaan, atau sekadar berkarya. aku blogging pun tak pasti adakah aku menjaja cerita hidup aku atau hanya mahu berkongsi kisah atau aku minat bidang penulisan? letih menulis di dada kertas putih mengotorkan helaian demi helaian dengan karbon hitam lalu aku menggunakan kecanggihan masa ini menaip atas papan kekunci sambil membazir elektrik. ah niat sendiri pun tidak tahu inikan mahu menilai hasil orang lain. 


okay takyah la macam novelis kan nak bermonolog. :P sebenarnya aku pernah menulis di blog rakan aku semasa sekolah tapi atas sebab-sebab tertentu, aku berhenti. dan baru-baru ini aku mulakan semula minat yang tak seberapa ini dan blog ini telah mempunyai 11 entry namun atas sebab-sebab tertentu juga, aku telah mendelete entry-entry tersebut. ye mood novelis masih ada. sebelum langit menjadi gelap, sebelum kredit broadband aku habis, biarlah aku menamatkan sahaja jadah ini. sekian.


p/s :: reda itu ikhlas, pasrah itu menyerah.
-Ombak Rindu-

No comments:

Post a Comment