Friday, 13 January 2012

aspirasi cinta

merupakan komik pertama yang aku baca. masa tu form 2. aku pinjam kat member aku, yaya. watak hero komik tu, Kairi Kasugabe. tak terungkap dengan katakata macam mana aku in love gila habis kat dye. siap minta junior aku yang pandai melukis, lukiskan satu figure dye yang paling attractive dan sampai sekarang aku masih tampal kertas bergaris satu berwarna biru buku latihan yang ada gambar dye di almari belajar aku. padahal aku sedar yang dia tak wujud dan takkan pernah wujud dalam hidup aku mahupun di dunia fana ini. nampak sangat ketidakmatangan otak dan fikiran seorang budak perempuan berumur 14 tahun yang tak mahu menerima kenyataan. haha. dan aku hanya mampu mendapatkan sendiri komik tersebut pada umur 18 tahun. mana nak dapat lelaki yang boleh sentiasa memerhatikan, menemani kau ke mana saja kau pergi. dan bila kau dalam kesusahan, jerit saja namanya, sepantas kilat dye berada di sisi kau untuk menolong. even suami pun tak boleh buat isteri macam tu. ini lah fantasi namanya. atau lebih dramatis, fantasia bulan madu. ah mengarut.

********** 
dan aku kuat berangan. boleh kata sangat. dah banyak perkara aku angankan. angan angan tu ada yang aku pasangnya sebagai impian. ada juga yang merapu, yang mustahil untuk aku capai. dan ada juga expectation aku atas sesuatu yang aku dah buat. macam hidup aku sekarang di universiti ni. impian aku of course lah nak grad dengan warna terbang kan. em kalau first class honoured tu nampak macam jauh sikit jangkauannya tapi kalau sekadar aku layak untuk momohon biasiswa JPA, itu dah cukup buat aku. bagai satu kejayaan yang besar buat aku macam menang hadiah nobel fizik. ye, itulah impian jangka masa dekat aku sekarang ni. 

yang merapu? heh. aku teringin sangat nak ada ilmu terbang. macam super cool gila kalau boleh terbang. tak kisahlah terbang macam dalam cerita kung fu tu ke, macam kapal terbang ke, macam burung ke, janji terbang. lepas tu aku nak ada kuasa. kuasa macam Haq dalam cerita HAQ ke, macam Wizards Of Waverly Place ke. ha macam wizard lah tapi bukan guna wand macam Harry Potter tu. yang penting boleh kawal benda guna mata. ohsem okay. hmm kalau berdoa berjuta-juta kali, Allah makbulkan tak?

antara impian aku yang lain, terinspired dari kebanyakan cerita korea. kejap. aku bukan k-poper tapi kalau nak ajak aku layan tengok tu boleh lah. tapi kalau tanya aku sejarah hidup ke, segala biodata dye, lagu dye, haram jadah la aku tak tau. ye lah sebab nama pun cerita kan. jadi romantic effects wajib lah ada untuk meningkatkan peratus wanita Malaysia mengidamkan hero Korea. soal duit tak jadi masalah. kebenaran ibu bapa apatah lagi. macam aku tengok We Got Married. jelesnyeee. ye, itulah namanya hormon miang mula membiak dengan aktif sekali. =.=' dan antara perkara yang aku nak buat dengan encik ialah ::

  • pergi Berjaya Times Square theme park
  • mencuba makanan di mana mana sahaja restoran yang ada
  • main go kart
  • pergi swwimming ataupun wet world and stuff like that
  • pergi mengerjakan ibadah haji
  • melancong ke Rom, Paris, Venice, Taj Mahal, Switzerland, Australia, Disneyland, Singapore
  • ambil gambar banyakbanyak dengan polaroid camera dan buat journal. ^^,
  • masak bersama di sebuah rumah yang besar, dua tingkat, berwarna putih, ada laman, dapur besar, bilik besar, dan macam macam kelengkapan ada


dan banyaklah lagi. semoga aku berjodoh dengan encik dalam keadaan yang stabil dan sedikit sebanyak aku turut menyumbang sendiri untuk melaksanakan impian dunia aku ni. hmm.

see. haih. bak kata Bad dalam MAGIKA, tiada apa yang mustahil dengan imaginasi. bak kata encik pulak, imaginasi tanpa batasan. okaylah. aku naik bosan pulak taip skema macam ni. bosan tau tak jadi skema. skema jawapan takpe.

p/s :: last paper of final exam 15 hb. argh.

No comments:

Post a Comment