Sunday, 22 January 2012

eh lu nii.

 nak perli perli pulak. mak awak datang jalan terkedek kedek, awak boleh duduk santai bersenang lenang kat dalam. lambai tangan jee yang awak mampu buat? tanpa mengucapkan salam, melangkah kaki menuju mak awak, menyambutnya, salam cium tangan dan menyapa? heh. lepas sejam barulah awak tunjuk muka. kemudian awak tanya tanya pulak takde orang nak salam awak? awak nak sindir saya dan kami? pelissss lahh. heh. tak kisah lah awak pakcik saya pun, tapi hubungan awak dengan mak awak tu lagi penting.

p/s :: mari bercuti. selamat bercamping sayang.

Thursday, 19 January 2012

setiap gambar ada lagu.

cehh. mana ada pun. disebabkan semester 1 dah tamat macam yang aku gebangkan sebelum ni, mai la tengok apa yg aku dah buat kat U sepanjang 7 september 2011 sampai 15 januari 2012. sebenarnya, sekarang aku sambung degree di Universiti Putra Malaysia (UPM) in Bachelor of Environmental Science & Technology. :)

seminggu sebelum daftar
 masa raya ni dude. huhu muka baru lepas video call 3g dengan Encik dan kaka beliau. <3 *spot my 'engagement ring'
sehari sebelum daftar
nak pergi mengcompletekan segala hal sebelum esok hari. woohoo!

hari pendaftaran
 7 september 2011. on the spot before nak keluar rumah untuk melangkah ke alam baru. dan dan tu jugak member kerja call nak datang raya rumah. sobs T_T

jadual kuliah semester 1
 see. not that pack huh. boleh lah berjimba sebab hari Jumaat freeeee. tapi tengok tu ada 2 hari class sampai pukul 7. terbaik.

berpakaian rasmi dengan selendang UPM
 muka freshie. huahua. majlis ikrar hari last orientasi. sumpah pashmina ni cantik. patutnya aku nak pakai macam mak jemah awek belakang tu tapi akibat bangun lambat pagi tersebut hanya mampu jadi rosmah mak datin terlampau je lah.
awe dan ria
 Awe atau nama sebenarnya Hawa ni member masa matrik. satu team bola tampar negeri 1 masa mini kakom. sumpah teruja jumpa dia masa daftar haritu sebab aku loneranger je first day haritu takde member. yang sebelah tu Ria @ Jamariah. dia tu roomate Awe. kitorang tiga semua lain-lain course. Awe Kimpet (Kimia Petroleum). Ria pulak Food Technology. bilik kitorang selang 1 jee. hee.
kek sedap
 kek ni memang sedap. kek ni jual kat fakulti Ria, Faculty of Food & Science Technology. sepotong rm4.50. yang merah tu red velvet. yg coklat tu triple cchocolate. kek ni baked by students. Masterchef UPM lah kiranya.
buah anggur
 ni buah anggur betul tau. tak tipu punya. serius. ada kat fakulti aku, Faculty of Environmental Studies. aku dah rasa sebiji. bapak masam.
susu low fat, kurus tinggi
 mulamula jee berdisiplin minum susu ni 6 kotak berturut. pastu mana ada beli lagi. haha. ni konon konon nak tinggi sama dengan Encik lah konon. tapi serius oh. minggu kemudian aku jumpa Encik, dia kata aku dah tinggi. tapi tak kurus. ergh. =.='
sea of journals
 kalau tak kerana kerja kursus Hubungan Etnik, aku takkan sampai ke lautan jurnal ni. hadoii kena cari jurnal english berkaitan Hubungan Etnik then kena buat ulasan artikel dalam Malay. terbaik. eh tapi dapat 4.8 per 5 kot. ye ada unsur riak di situ. istighfar.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad
 haa di library ni lah. kalau tengok Kuliah Cinta, konfem perasan library ni was one of the settings.
masalah pemahaman
 erm ehem ini tak mahu cakap banyak. aku pun tak faham motif signboard dan kereta tu. tapi setiap kali aku lalu kat sini, konfem punya lah tak kosong.
johan interset. yeah !

yeahhh. inilah dia. aku kena ambil koku 2 kredit. 1 kredit wajib Bakti Siswa (Baksis) and 1 more pilih je apa apa. so, of course lah volleyball is my choice. gambar ni time lawan group koku yang lain. tengok caption pun dah tahu kan johan. hoho. sebenarnya hamper 1 je. lagi 1 yg besar tu naib johan team lelaki. yg 2 hamper kecik tu masa main friendly dengan UKM Bangi dan KTSN kat UKM Bangi. saja bawak buat psiko group lain. :D


team bola tampar koku


mihun sup food court serumpun
 alahh ni siapa tak kenal. dah berkurun lama aku cerita pasal dia. hee. ni lah Jean Todd (JT). JT ni yg baik gila babeng since matrik dulu. kalau tengok dekat blog sebelum ni pun ada jee cerita pasal dia. and dia kat UPM juga. sumpah masa apply tak tahu menahu antara satu sama lain apply mana and course apa. jodoh lah ni kan. dan budak prac lain semua jeles. percayalah. masa dinner di food court kolej aku.
kereta bomba
 ni kereta bomba. yelah tengok capttion dah tahu. tp motif? menyelamatkan kawan kawan aku yg terperangkap dalam lif. HAHA. lif tu memang usang. tp rasanya maintenace baru je buat. terlebih muatan rasanya dalam tu, tu yg jam tibatiba. nasib baik sempatt jumpa sampai habis exam haritu. since then, aku dah tak pernah lagi naik lif fakulti aku tu.
roti nan dan ayam tandoori
 ni JT lagi. kat sebelah fakulti aku ada kawasan yg students and lecturers call it as Flat Ikan. asal namanya ialah dari fakulti perikanan dulu kat situ. skang dah takde. em kat situ ada kedai err arab ke mamak ke entahla aku pun tak pasti tp ada jual roti ni lah. memang sedap. kenyang hingga ke malam pulak tipu. tipu, petang je. JT kata boleh buat modal kurus and aku ada berazam untuk lunch roti ni jee tapi akibat tak berdisiplin maka berterusan membeli nasi berlauk di gerai makcik yg berhampiran. haih.
pesta buah rambutan dan durian
 yg kiri ni aku panggil Kak Met, roomatenya si Kakcik yg kanan ni. asal usul nama, di lain entry lah kalau berjumpa lagi. walaupun aku tak makandurian dan tak berapa nak makan rambutan, tapi demi diorang aku hulur jugak bayar yuran makan rm2. haha. lalu aku bermatian menikmati rambutan sepuasnya. akibat gambar 18SXPL maka tidak boleh diupload.
McDollah Donalds
 masa ni, beberapa minggu sebelum final exam. matlamat utama nak pegi karaoke tapi perut masingmasing minta diisi dengan fillet o fish, double cheeseburger and whatsoever, maka pergilah ke sini dahulu. dan sanggup menunggu setengah jam untuk pukul 12 semata mata mahu mendapatkan harga McValue Lunch. lihat betapa cermatnya kami menggunakan duit PTPTN.
karaoke
 gemuk di situ. bersama Hairu, Kakcik, Naim dan Kaksha.
aquaculture
 tak gentar ponnn ber'pose' atas tu. sumpah tak. serius. sumpah tak gentar.
unnatural with chick
 okay sangat tak natural gambar ni. first time kot pegang anak ayam ni. uhukhukk.
Ladang Bersepadu (Ladang 10) during our visit for field trip of  Agriculture & Men course
 tengok caption. minggu second last sebelum kuliah over. orang lain pegi kilang coklat tp kitorang pegi ladang ni je. tp serius more valuable than tempat lain. baru lah rasa mood pertanian di situ.
list barang nak beli
 ini list barang untuk jamuan kelas. more to barbeque. termasuk makanan, keperluan, games dan sebagainya.
barbeque dengan budak kelas
 ni je lah yg mampu diupload. banyak lagi tp semuanya kat camera org lain dan aku malas lah nak gigi biru dengan mereka. apa apa pun hari bersama batch ni memang best and terbaik yo.
member sepasukan
 barbeque jugak tp dengan team koku. masa study week.
Mejar Mohd Jasmy a.k.a coach terhebat
 haa ni lah coach terbaik kitorang. ajar aku new skills mccm 'curi', 'backhand' and strategies yg lain. superb !
first day of final exam - 4 january 2012
 makin lama description makin pendek kann. haha tanda aku dah penat menaip. dan last pisture of the entry, masa rabu minggu lepas. kurus tak kurus tak. hehh. 

dan tu lah secara overview sepanjang 4 bulan lebih aku di UPM ni. officially, aha aku rasa macam U aku ni dah jadi shooting set oh. banyak dah filem buat kat sini macam Kuliah Cinta, Lagenda Budak Setan, Magika, dan apa lah lagi. satu hari nanti aku nak shoot kat pokok sebatang tu. banyak lagi aku nak tunjuk pasal apa yg ada kat sini tp sehingga berjumpa lagi lah. sekian ~~


p/s :: tak mantap.
dan jugak ber'outing' dengan Encik AA saya ;)

Wednesday, 18 January 2012

Wordless Wednesday #1


but still can't convince you right? hmm. :'(

p/s :: mak kata cuti ni tak payah kerja.

Sunday, 15 January 2012

finally.

aku dah tamatkan this first semester of first year harini. memang heaven. sekian.

p/s :: selamat menjawab thermodynamics :D

Friday, 13 January 2012

aspirasi cinta

merupakan komik pertama yang aku baca. masa tu form 2. aku pinjam kat member aku, yaya. watak hero komik tu, Kairi Kasugabe. tak terungkap dengan katakata macam mana aku in love gila habis kat dye. siap minta junior aku yang pandai melukis, lukiskan satu figure dye yang paling attractive dan sampai sekarang aku masih tampal kertas bergaris satu berwarna biru buku latihan yang ada gambar dye di almari belajar aku. padahal aku sedar yang dia tak wujud dan takkan pernah wujud dalam hidup aku mahupun di dunia fana ini. nampak sangat ketidakmatangan otak dan fikiran seorang budak perempuan berumur 14 tahun yang tak mahu menerima kenyataan. haha. dan aku hanya mampu mendapatkan sendiri komik tersebut pada umur 18 tahun. mana nak dapat lelaki yang boleh sentiasa memerhatikan, menemani kau ke mana saja kau pergi. dan bila kau dalam kesusahan, jerit saja namanya, sepantas kilat dye berada di sisi kau untuk menolong. even suami pun tak boleh buat isteri macam tu. ini lah fantasi namanya. atau lebih dramatis, fantasia bulan madu. ah mengarut.

********** 
dan aku kuat berangan. boleh kata sangat. dah banyak perkara aku angankan. angan angan tu ada yang aku pasangnya sebagai impian. ada juga yang merapu, yang mustahil untuk aku capai. dan ada juga expectation aku atas sesuatu yang aku dah buat. macam hidup aku sekarang di universiti ni. impian aku of course lah nak grad dengan warna terbang kan. em kalau first class honoured tu nampak macam jauh sikit jangkauannya tapi kalau sekadar aku layak untuk momohon biasiswa JPA, itu dah cukup buat aku. bagai satu kejayaan yang besar buat aku macam menang hadiah nobel fizik. ye, itulah impian jangka masa dekat aku sekarang ni. 

yang merapu? heh. aku teringin sangat nak ada ilmu terbang. macam super cool gila kalau boleh terbang. tak kisahlah terbang macam dalam cerita kung fu tu ke, macam kapal terbang ke, macam burung ke, janji terbang. lepas tu aku nak ada kuasa. kuasa macam Haq dalam cerita HAQ ke, macam Wizards Of Waverly Place ke. ha macam wizard lah tapi bukan guna wand macam Harry Potter tu. yang penting boleh kawal benda guna mata. ohsem okay. hmm kalau berdoa berjuta-juta kali, Allah makbulkan tak?

antara impian aku yang lain, terinspired dari kebanyakan cerita korea. kejap. aku bukan k-poper tapi kalau nak ajak aku layan tengok tu boleh lah. tapi kalau tanya aku sejarah hidup ke, segala biodata dye, lagu dye, haram jadah la aku tak tau. ye lah sebab nama pun cerita kan. jadi romantic effects wajib lah ada untuk meningkatkan peratus wanita Malaysia mengidamkan hero Korea. soal duit tak jadi masalah. kebenaran ibu bapa apatah lagi. macam aku tengok We Got Married. jelesnyeee. ye, itulah namanya hormon miang mula membiak dengan aktif sekali. =.=' dan antara perkara yang aku nak buat dengan encik ialah ::

  • pergi Berjaya Times Square theme park
  • mencuba makanan di mana mana sahaja restoran yang ada
  • main go kart
  • pergi swwimming ataupun wet world and stuff like that
  • pergi mengerjakan ibadah haji
  • melancong ke Rom, Paris, Venice, Taj Mahal, Switzerland, Australia, Disneyland, Singapore
  • ambil gambar banyakbanyak dengan polaroid camera dan buat journal. ^^,
  • masak bersama di sebuah rumah yang besar, dua tingkat, berwarna putih, ada laman, dapur besar, bilik besar, dan macam macam kelengkapan ada


dan banyaklah lagi. semoga aku berjodoh dengan encik dalam keadaan yang stabil dan sedikit sebanyak aku turut menyumbang sendiri untuk melaksanakan impian dunia aku ni. hmm.

see. haih. bak kata Bad dalam MAGIKA, tiada apa yang mustahil dengan imaginasi. bak kata encik pulak, imaginasi tanpa batasan. okaylah. aku naik bosan pulak taip skema macam ni. bosan tau tak jadi skema. skema jawapan takpe.

p/s :: last paper of final exam 15 hb. argh.

Thursday, 12 January 2012

refresh.

 alhamdulillah yeah, i'm coming back to this 'tell your story to people all over the world' world. haha tak sebenarnya it is all depend on how you make your story to be told whether it's like this :


"harini kita pegi kedai apek rabun depan tu nak beli santan. kita pakai baju hijau dengan seluar merah. tudung pulak kaler biru. masa kita tengah jalan, kita tersepak batu. kita jatuh. sakit sangat T_T ."

or like this :

"wuwuw. itew gadow nan bf itew. ye katew itew adew lakiey laen. itew cdey cgt. b, bby ta dew lakiey laen slaen b aww. b da janjiey ann na bwk bby pegi laut neok ong bak winduu."

or like this :

"mungkin kehidupan ini hanya mahu mempermainkan aku. apakah salahku sehingga aku diperlakukan sebegini rupa? Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar Engkau memberikan aku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang berbaki ini."


or whatever it is, i don't give a damn. blog ini dicipta, aku pun taktau untuk apa sebenarnya. ada orang jadikan medium berdakwah, media hiburan, diari hidup, luahan hati perasaan, atau sekadar berkarya. aku blogging pun tak pasti adakah aku menjaja cerita hidup aku atau hanya mahu berkongsi kisah atau aku minat bidang penulisan? letih menulis di dada kertas putih mengotorkan helaian demi helaian dengan karbon hitam lalu aku menggunakan kecanggihan masa ini menaip atas papan kekunci sambil membazir elektrik. ah niat sendiri pun tidak tahu inikan mahu menilai hasil orang lain. 


okay takyah la macam novelis kan nak bermonolog. :P sebenarnya aku pernah menulis di blog rakan aku semasa sekolah tapi atas sebab-sebab tertentu, aku berhenti. dan baru-baru ini aku mulakan semula minat yang tak seberapa ini dan blog ini telah mempunyai 11 entry namun atas sebab-sebab tertentu juga, aku telah mendelete entry-entry tersebut. ye mood novelis masih ada. sebelum langit menjadi gelap, sebelum kredit broadband aku habis, biarlah aku menamatkan sahaja jadah ini. sekian.


p/s :: reda itu ikhlas, pasrah itu menyerah.
-Ombak Rindu-