Monday, 31 December 2012

last kopek.

title bukan lucah ye harap maklum.

hari ini suatu pengakhiran namun hari ini juga merupakan suatu permulaan. saat hari menginjak ke tahun baru meninggalkan titik titik sejarah saat itu juga aku memulakan momentum peperiksaan akhir semester ketiga aku. amboii ayat takde nak lagi A Samad Said versi saintis ke. hewhew.

well well. 2012 dah nak berlalu. last dayyy ohh how I wish I can say today is the last payyperr of le final exam. 1 paper down pagi tadi now 5 left. killer paper? ada Calculus and Water & Soil Sciences and Air Pollution Control Technology. okay taknak cakap pasal exam lagi.

jadi apa yang 2012 dah bagi aku? macam macam kot sampai aku pun tak ingat. elehh poyo gila macam 2012 tu husband you lolol. kalau rajin baca posts sebelum ni, you'll know what I've got from 2012. malas cerita panjang, ini apa yang aku nak dan harap dapat buat pada 2013 ... :)

motor
smartphone
Dean's List
weight reduced as well as size
more active in Sekretariat Rakan Muda
karaoke
wall climbing
Kenny Rogers 
The Manhattan Fish Market
Spaghetti KLCC
boyfriend

alah basically ni apa yang aku nak untuk semester depan je hewhew. okay la guwa takde plot nak develop. ciao! selamat tahun baru. :) azam? tak pernah berubah sejak dulu lagi. tahun baru Islam ke tahun baru Masihi ke sama je azam aku. rahsia ;)

p/s :: I am sorry.

Friday, 28 December 2012

student + dying = studying.

this week is my study week. and my final exam will be starting on 31st December 2012. ;)

adat aku study memang macam ni.


tapi aku sentiasa pastikan aku takkan jadi macam ni.


dan aku mesti macam ni.


so, all the very best to me and friends :D let us pray together. thank you.



p/s :: Xplorasi here we comeeeeeeeee !!



Tuesday, 25 December 2012

sing a song :O

sempena Hari Natal, I present you my childhood song ...

jin bogel jin bogel
jin tak pakai seluar
jin tak malu jin tak malu
jin takde bulu
hey!

jin bogel jin bogel
jin tak pakai seluar
jin tak malu jin tak malu
jin takde buluuuu

ikut nada lagu Jingle Bells ye kawan-kawan hewhew.

p/s :: harapharap dapat pergi Xplorasi tu.

Tuesday, 18 December 2012

makhluk jahiliyah yang cacat.


semalam aku ada meeting pasal event kelas. standard lah kalau buat discuccion secara tak formal, ada je persimpangan yang terpesong dari destinasi. entah macam mana entah boleh terkeluar pasal MENCURI dan siap sebut hukum hudud lagi. maka, terkenang lah zaman jahiliyah kanak-kanak ribena aku dulu. haddoii. secara rambang, cerita dia cenggini.....

masa dulu-dulu aku ada pergi kelas mengaji kat rumah ustazah kat taman aku tinggal tu. aku tak ingat lah masa tu 6 tahun ke darjah 1. zaman 90's kan memang terkenalll sangat dengan segala bagai jenis jajan. so kat rumah ustazah tu ada lah jual keropok Toki, Smax, Bin Bin and paling mahal time tu Mamee Monster. sebab keropok lain doposen tapi Mamee Monster tigosen. oh ada lagi satu. Diction. tapi masa ni takde lagi kot keropok Diction. selain tu, aiskrim Malaysia mesti ada. and untuk menarik minat kanak-kanak supaya datang kelas mengaji, ustazah tu jual nugget dengan sosej. 1 piece, tigosen.



aku selalunya memang dapat duit belanja pergi mengaji tu tapi sekadar doposen je untuk lepas beli aiskrim dua batang atau keropok sebungkus atau aiskrim sebatang dengan gula-gula dua bijik. nak dijadikan cerita, haritu mak bagi aku lebih seposen sebab aku cakap nak beli Mamee Monster. maka, berjalanlah aku dengan  penuh girangnya menuju ke rumah beliau. niat hati nak mengaji pastu makan Mamee Monster.

 tapi petang tu, aku tak berapa nak ingat macam mana aku boleh masuk rumah dia tapi dia dan keluarga takde. pastu aku duduk. ada jugak dua tiga orang budak yang dah datang. pastu yang aku ingat aku pergi amik sebungkus Mamee Monster and letak duit tigosen tu atas meja. aku masukkan Mamee Monster dalam beg elok-elok taknak kasi pecah. pastu aku duduk balik tapi kejap pastu aku bangun amik duit atas meja tu balik pastu amik sebungkus lagi Mamee Monster pastu aku letak tigosen tadi atas meja tu balik. aku masukkan Mamee Monster dalam beg elok-elok taknak kasi pecah. pastu aku duduk balik tapi kejap pastu aku bangun amik duit atas meja tu balik pastu amik sebungkus lagi Mamee Monster pastu aku letak tigosen tadi atas meja tu balik. kali ni, aku duduk dan tak bangun lagi dah.

dalam beg aku ada tiga bungkus Mamee Monster yang aku bayar guna duit tigosen yang aku bawak tadi. aku adjust elok-elok supaya plastik tak bunyi macam banyak sangat dalam beg tu. budak yang dah datang tadi taktau langsung sebab bila aku amik balik duit aku buat-buat pergi tinjau rumah. masa aku nak amik Mamee Monster kedua dan ketiga, aku keluarkan tigosen tu dan buat-buat tunjuk yang aku ada lagi duit nak beli Mamee Monster. balik rumah, aku makan dalam bilik habiskan sekaligus. selain Allah, takde siapa tahu sampai saat aku publish entry ni. hebat tak penangan Mamee Monster kat aku masa tu? tapi sekarang tak pandang langsung walaupun ada "renyuk, goncang, makan".



kali kedua aku mencuri, masa darjah dua. time tu duit belanja sekolah dapat singgit. kalau dulu, mak bagi kat tangan sendiri. tapi masa ni, mak letak dalam bekas and suruh amik sendiri masa bersiap nak pergi sekolah. aku ingat lagi. bekas biru, dalam tu duit syiling limosen limosen. mak simpan dalam laci kat bilik dia. satu hari tu, macam biasa lah nak pergi sekolah lepas tu aku tak berapa nak ingat petang tu aku nak beli apa tapi yang penting makanan lah. oh ye, kat Kuantan masa tu aku sekolah sesi petang. masa tu aku bajet mak aku memang garang so nak mintak duit lebih tu memang impossible lah nak dapat. jadi, sebab akal aku dah terlebih panjang, aku amik singgit simpan tangan kanan. pastu, dengan seboleh-boleh senyap aku kutip limosen simpan tangan kiri. kutip lagi limosen simpan tangan kiri and final limosen aku letak dalam mulut.

fuhh selamat dah ni. keluar bilik je, mak aku dah tunggu. I  a m  s o  d e a d. mak tanya "berapa amik duit belanja?" aku diam. kang kalau aku cakap kang habislah kurang duit belanja nanti. mak tanya lagi "dalam tangan tu ada berapa?" aku terus tunjuk dua-dua tangan. "dalam mulut tu??" I'm fucked up. KANTOI! aku keluarkan dari mulut. oh masih terasa logam limosen tu. nampak tak betapa besarnya nilai limosen masa tu. pastu apalaga kena marah lah. nasib baik tak kena tampar. whoa. lastly, mak cakap, "lain kali kalau nak mintak. bukan mencuri macam ni." aku diam jee. ending dia, harap maaf aku tak ingat mak aku bagi atau tak aku duit lebih untuk beli apa yang aku nak petang tu. sejak tu, mak dah siapkan duit belanja fix untuk 5 hari dalam bekas. no excuse and haritu last aku mencuri makanan dan duit dalam hidup aku. sekarang aku curi hati jee wakaka. XD

tahun 1999 aku darjah satu. ;D


jadi, pengajarannya kawan-kawan, silalah jangan mencuri. bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. belivit onot? belivit.

p/s :: having you in the same place is a disaster.

Sunday, 16 December 2012

Pengunjung Pasar Kisah AIR.


aku nak kongsikan je cerita yang aku buat sebagai usaha penambahbaikan markah test yang aku pernah cakap dulu. ni non-edited, typed sebelum aku salin semula kat kertas. jangan pertikaikan tatabahasa, kosakata or whatsoever sebab aku bukan anak saudara A. Samad Said. well, esei ni antara esei yang mendapat markah penuh. Alhamdulillah. :) Air Kepada Yang Memerlukan.

**********

Aku seorang pengembara. Atau mungkin sebuah? Sebiji, sebatang, sebidang juga? Pengembara yang entah muncul dari mana tapi apa yang pasti aku telah banyak menjelajah dari jasad ke jasad. Jasad? Ya, jasad. Aku sebenarnya satu roh yang nomad, sering berpindah randah dari masa ke masa. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku diciptakan dan aku masih tertanya-tanya, dari mana aku memulakan perjalanan aku? Sehingga mana aku akan berakhir? Bila? Bagaimana? Dengan apa? Atau siapa? Segalanya berputar ligat dalam kotak fikiranku bagai dunia ini yang juga entah bila kiamatnya. Namun, aku percaya bahawa perjalanan aku ini pasti membawa sebuah makna yang tersirat. Untuk pengajaran mungkin? Kerana satu pemalar bagi setiap jasad yang aku singgah, aku pasti akan mengunjungi pasar kisah ‘AIR’.

Aku masih ingat waktu pertama kali aku celikkan mata, aku terdampar kering kontang. Merekah, pucat, dan panas. Mataku melilau sekeliling tetapi aku hanya Nampak akan diriku. Tiba-tiba, aku rasakan kakiku lembap dan mulai basah lalu terpancur lah keluar air dari celah diriku yang merekah itu. Seiringan dengan itu, aku mula lihat lembaga hitam berbondong-bondong berlari ke arah kami. Makin lama makin banyak, bagai semut hitam yang mengganas bila sarangnya diganggu. Setelah diamati, aku sedar bahawa aku berada di Kenya. Titisan air sedikit sebanyak jatuh semula seolah-olah menangis.

“Kenapa dengan kau ni, Air? Sedih semacam je.”

“Aku sedih lah Tanah. Kau tengok warnaku ni. Sepatutnya jernih, bersih. Tapi, apa yang dapat aku berikan pada mereka yang bertahun-tahun lamanya mendambakan kehadiran aku di bumi mereka? Hanya sekadar keruh, busuk, kotor pula.”

“Apa mereka di sini benar-benar perlukan kau?”

“Iya lah Tanah. Kau lihat hujung sana tu. Bergelimpangan mayat budak yang tak cukup aku dalam badan mereka. Yang masih hidup pula, bagai tulang berjalan. Hari ini, aku terpancur, umpama satu anugerah terhebat buat mereka. Di sini, aku hanya diperlukan buat mereka teruskan hidup yang entah esok lusa, tiada. Kesian, Tanah. Disebabkan aku juga, mereka terkena pelbagai penyakit. Mandi pun, serupa macam tak mandi. Apa sahaja yang aku sumbangkan pada mereka?”

Sambil menghabiskan ayat terakhir, Air pergi meninggalkan aku jauh ke dasar sana. tiba-tiba, pandanganku gelap gelita bagai seorang buta. Adakah pengembaraan aku sudah terhenti? Tidak berapa lama kemudian, aku celik dan aku kini merupakan salah satu paip air di sinki tandas sebuah asrama.

“Ah, bocor.” Monologku melihatkan air yang laju tertitis dariku.

“Hei Paip!” Rupa-rupanya Air yang menegurku. Jelas terpancar keriangan di wajahnya tatkala dia menitis keluar dan berlegar-legar dalam ruang sinki itu.

“Amboi, Air! Senang benar hati kau mengalir begini tanpa tujuan.  Apa mereka di sini tidak perlukan kau?”

“Haruslah perlu, Paip! Mereka semua perlukan aku untuk cuci tangan lepas makan dan keluar tandas. Kadang-kadang mereka ambil wuduk di sini. Tak kurang juga yang mencuci bekas makanan dan minuman, menadah  untuk simpanan, dan mencuci pakaian.”

“Oh! Tapi kau tak rasa yang ramai di luar sana perlukan kau dalam keadaan yang bersih sebegini?”

“Alaa Paip. Kehidupan aku di sini memang diperlukan untuk pembaziran. Kalau kau nak tahu, aku dah biasa terbuang-buang bila mereka tak tutup kau semasa berus gigi dan mencuci pakaian. Kadang-kadang, mereka bermain-main denganku ketika mandi bersama rakan-rakan yang lain. Perkara yang paling kelakar, mereka selalu terlupa untuk pusingkan semula kepala kau Paip. Hahaha. Sebab tu, sampai sekarang mereka tak pedulikan pun tentang aku menitis yang entah esok lusa, mencurah pula.”

Serentak dengan itu, Air menghilangkan diri ke dalam lubang. Aku buta sekali lagi. Sesedarnya aku, fizikalku kini berubah kepada gumpalan putih selembut kapas. Berseri dan suci. Namun tidak lama, aku mula berubah kelam. Gelap semakin pekat. Badanku terasa berat sekali. Rupa-rupanya aku mengandung! Mengandungkan air yang banyak.

“Hai, Air! Perlukah kau turun ke bawah sana?”

“Awan, Awan. Perlulah. Aku sangat diperlukan di bawah sana oleh petani-petani dan peladang-peladang supaya tanaman mereka semua mempunyai tumbesaran yang sangat baik. Tasik, kolam, tanah semua perlukan aku. Kalau tidak, mereka semua akan kering kontang! Laut untuk melengkapkan kitaran kaumku dan bumi ini juga perlukan aku bagi menstabilkan suhu. Kau bayangkan jika kemarau melanda. Semua tanaman musnah. Haiwan dan manusia akan haus dan dehidrasi lalu mati seminggu kemudian. Itu pun sudah paling lama mereka tanpa aku, Awan.”

“Benarkah begitu? Tapi mengapa aku lihat engkau macam tak sihat saja?”

“Itu lah kehidupan. Sedang aku ini nikmat paling besar yang diberikan, mereka sewenang-wenangnya menyakiti aku. Dulu, memang ya aku berkhidmat untuk semua itu. Tapi sekarang, sejatan aku mengandungi gas-gas beracun. Aku dipaksa menyedut asap-asap hitam yang berkarbon dan bernitrus tinggi. Badanku mula lemah dan kini berasid. Aku minta maaf pada kau kerana mengandungkan aku yang berpenyakit ini. Tapi, selepas aku turun, aku akan pastikan mereka semua merasakan kesan daripada perbuatan mereka terhadap aku!”

“Apa yang ingin kau lakukan, Air?”

“Aku akan balas dendam. Selepas mereka sesakkan nafas aku dengan sampah, minyak, toksik, dan segalanya, selepas mereka musnahkan keseimbangan alam ini dengan membunuh hidupan dalam aku, tanaman mereka akan aku rosakkan. Air tadahan mereka akan aku cemarkan. Kesihatan mereka akan aku musnahkan. Haiwan peliharaan mereka semua aku akan bunuh. Aku sudah cukup bersabar melihat kami ini dibazir, dicemar, dihina, dan didera. Alang-alang di Kenya sana tidak dapat menikmati aku, biar mereka yang lain turut merasakannya! Dasar manusia tidak tahu bersyukur.”

Sepantas kilat, Air keluar dari kandunganku sebagai hujan. Aku tergamam dengan kata-kata Air sebentar tadi. Sungguh, tidak aku sangka bahawa keadaan Air sekarang sangat kritikal bagai telur di hujung tanduk, bagai embun di hujung rumput, hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Kotak fikiran aku berputar lagi. Entah bagaimana 50 tahun akan datang. Adakah Kenya akan terus tandus dan gersang atau mereka akan dapat menikmati air yang suci bersih? Adakah sinki di asrama itu telah dibaiki atau Air akan terus tersenyum girang sambil mencurah-curah tanpa guna? Adakah aku akan terus mengandungkan air yang sakit dan berasid atau dendam di hatinya akan hilang dan akan terus mencurahkan bakti dan berjasa besar?

Kini, aku merupakan bumi yang haus, dahaga, tidak lama lagi dehidrasi lalu takkan ada kehidupan lagi yang akan berlegar bebas. Aku hanya menanti saat sangkakala ditiup agar aku tak perlu menanggung derita ini lagi tanpa air. Semoga sekalian alam dirahmati dan berbahagia hingga ke akhir hayat mereka. Begitulah perjalananku, pengunjung pasar kisah AIR.

p/s :: it's been three.

Tuesday, 11 December 2012

Medianlog RAKIT #3.

last but not least, it's final dayyyyyyyy. aku rasa tak banyak yang aku nak ceritakan sebab tak banyak aktiviti yang involve kan myself tapi nak jugak show off apa yang kitorang buat kat sana.

pagi produktif dimulakan dengan cakap-cakap Andy yang tak pernah habis ( :P ) , and tarian gaya unggul sambil menyanyi bla bla bla. okay it was fun tapi whyyyy aku tak ingat pun bila dah balik UPM. so, tidak dapat disertakan di sini lirik lagu dan dance steps tersebut. after that, we headed to the sungai tooooo berpesta air dengan orang kampung! weehoo~


 well, aku tak rasa macam best sangat pun benda pesta air dengan orang kampung ni. mungkin sebab aku jadi pemerhati je sebab tak banyak aktiviti yang ada kategori wanita. choyy wanita uollsss. =.=' but then, it became exciting sebab sorak dengan mereka-mereka yang sporting. daebak! first event was Boling Kelapa. HAHA. baSpak kelakar. aku masuk andddd lost. here we can see gaya unggul sebahagian peserta. :O



I thought kelapa ni saiz 9 macam I biasa main. XD



actually, this was the only event yang perempuan boleh join tapi lepas post-mortem malam tadi, diorang adakan satu lagi event which was Lari Dalam Guni. disebabkan terlalu macam bandan, maka tiada satu shot pun yang diambil. hukhuk.

the supportive supporters. daebak.

for men's first event, ada pertandingan Tebar Jala. and I show you the winner lah je. so many photos I am too pening nak upload. hewhew.


jjang! hebat bukan? orang kampung pun kalah woii. 

next event, Panjat Tiang Licin. em em berapa meter ek tiang ni tak ingat lahh. tiang kayu tu disapu dengan minyak gris (?) and dengan kerjasama wonderpets diorang kena panjat memanjat untuk capai bendera Malaysia kat puncak tiang tu. kerja aku gelak jee.

sampai ada yang tertanggal seluar kate koooo HAHA.

 lepas tu, pertandingan Menyelam Paling Lama. tak tahu rekod pemenang berapa lama. and the winner was yang menang tebar jala tadi. daebak.


gigih gila duduk tepi tebing pasir tinggi untuk menyaksikan segala pertandingan yang berlangsung lagak menonton bola secara langsung di stadium sahaja.

panas woh. serius panas.

spot me.

the most anticipating event was Pukul Bantal. haa ni lah yang aku cakap haritu. selalu tengok dalam TV je. now, live kot. masa malam post-mortem tu ada usul kenapa perempuan tak boleh join. nak jugak kan. aku pun teringin. but then, Abg Bob cakap ini kan kawasan Pantai Timur. kampung. tak elok orang tengok perempuan main benda alah cenggini. erkk sentap sikit. hewhew.

Wafi and Madi

Sham and Unknown

gaya sepuluh. proceed to next round.

taktik yang gagal bertahan lama.

banyakkkk sangatsangat shots untuk event pukul bantal ni. nanti aku kasi link Harzin kalau korang nak tengok full album boleh lah okay.

nasib baik ada orang kampung join bawak payung. hewhew. and thanks Madi kasi aku air mineral :D

tak lupa jugak untuk anak-anak kampung ni. walaupun tak banyak tapi ada jugak untuk diorang sertai. untuk lelaki kita ada Tarik Upih and untuk perempuan kita ada Isi Air Dalam Botol. tapi shots untuk perempuan non hadoo.


I heard one of them shouted "berat nanang!"

it was fun. extremely joyous. walaupun berpanas, tak kisah lah. kalau tak sanggup berpanas, mana nak dapat pengalaman cenggini rupa. :D

finally, we came to the closing ceremony. all winners were announced and as I told you before, our group was awarded as "Kumpulan Rakit Paling Bekerjasama." hewhew (lagi?).

majlis penutup

ada cabutan bertuah. dan seperti biasa, aku takkan pernah pegang nombor bertuah yang dicabut. so unlucky of me. seriously, dari first time aku kenal event cabutan bertuah ni, aku tak pernah menang. ada pun, sekali masa High Tea asrama sebab hadiah nya beratus lebih kurang jumlah Hostelians. so, memang probability tu ada lah.

the most lucky winner. final prize.

we departed at about 3.30 p.m and arrived at UPM at 10 p.m. sumpah laju gila bas tu time balik ni. Alhamdulillah, we're safe.

so, that's all I guess. mungkin ada yang aku terlepas nak kongsikan tapi basically, macam tu lah pengalaman pertama yang aku lalui ni. best, daebak, fun, and for sure I wish to have next experiences which may be different from this. ;D

maybe ada Epilog RAKIT so, please look forward for it! thank you. any typo, abaikan.

p/s :: it's a relief we can be friends back.

Sunday, 9 December 2012

Cinta Terlampau #4

Aku sebagai Sheera.

yeayyyy finallyyyy aku dah naik sem 2! waah~ macam tak percaya secepat ni masa berlalu. hm hm. now I'm 20 years old! o h  m y  g o d  can't believe it I'm no longer a teenager. sigh. okayokay. now focussing on this semester, I akan habis my first year. yeay. lagi cepat habis, lagi cerah masa depan nak kahwin. #eh. hahaha. tak ada maknanya sebabbb Dr. Zahiril tu aku tak kenal lagi. whoa :O

so. lucky me sebab dahlah P.A aku and now he'll be teaching us. haa nampak tak jodoh tu dekat dia macam mana? hewhew. okay still too early. perasan lebih minah ni! dia kenal kau pun tak entah-entah. harap P.A jee. sobs.  ah doesn't matter. since tak ada boyfriend apa salahnya kan? :P



on our first day, member aku cakap muka dia macam Remy Ishak. what?! does he really look like that Remy? okay terpulang lah pada dia. for me, dia tetap Zahiril. copyright protected. wakaka. actually time aku update ni dah beberapa minggu jugak aku dah belajar dalam class dia. and quite a lot of things happened. one of them, dia tak tahu nama aku! like seriously? he's my P.A kot. and my name is just Sheera binti Ayub. tak ada Siti Sheera ke Nur Sheera ke Puteri Nurul Sheera ke. no no no. okayokay think positive! dia ada baaaaanyak lagi nama students yang dia nak ingat bukan nama kau sorang hoii. yeah no offence.

anddd one thing I know, dia cepat terasa and sensitive. how soft-hearted he is.

okay dah nanti cerita lagi. till then, Sheera.

p/s :: terasa terhina.

Wednesday, 5 December 2012

Medianlog RAKIT #2


jadual bangun pukul 6 pagi. set alarm pukul 5.30 pagi. totally woke up at 5.45 a.m. nampak sistematik dan how organized am I di situ? eh am ke was? okay nanti drop comment kalau ada any grammatical error. thank you. :)

tiada kena mengena dengan BBI 2421, let us procedd to second dayyyyyyyyyyy weehoo~ ini lah hari kemuncak di mana aktiviti berakit akan dijalankan sepanjang hari. alahai kenapa ayat macam tak best je ni. ce try lagi sekali. hari ni lah yang ditunggu-tunggu sebab hari ni baru start berakit yeay! okay boleh? jadi, pagi-pagi pukul 7 kumpul dengan life jacket masing-masing. buat senaman and terus ke sungai.

clean morning river

6's morning raft. berhias sangat kann.

we'd been waiting for upacara perasmian for like 1-2 hours. baSpak lama. tapi bersyukur sebab dapat jugak sarapan kan. haa ce teka kitorang sarapan apa? nasi minyak kauuuu. lauk ayam lagi. pehh memang terbaik ah orang Terengganu pagi-pagi sarap nasi minyak. kalau tak bersyukur lagi, elok humban sungai jee bagi makanG buaya. hoh. serius. sungai ni ada buaya. believe it or not? believe it.

lepas makan masih tak sampai lagi perasminya. maka, disebabkan ikatan ukhuwah sesama ahli kumpulan telah terjalin erat, lets get it started!

Charlie's Angels gitewww wakaka.

Group 8, Group Rakit 6.

my two men a.k.a bodyguards :O

photographer tukar shift. bersama Farra dari group 7.

percayalah. tu memang tshirt KMNS. :P

Bond and Bond Girl.

dah buntu nak pose cemane di atas tanah nyata.

maka mencuba gaya unggul.

air floating tells lightweight.

few minutes before the perasmi arrived, we were briefed a lil bit tentang apa yang bakal berlaku hari ini. basically, kita akan berakit dari Kampung Jerangau ke Kampung Delong (if I'm not mistaken) sejauh 22 kilometer. sepatutnya, XPDC ni diteruskan sampai ke Kampung apa entah tak perasan sorry tapi sebab kekangan lojistik dan masa, maka perjalanan kita sejauh itu sahaja. SAHAJA. perlu caps lock untuk first timer macam aku. then, about the mechanism of rafting, cooperating between front and back and so on.

serius, awan di kampung Jerangau tough gilagila. tidak seperti awan di Serdang yang asyik menangis je kerjanya. serius panas. disebabkan itu, sunblock SPF 50 tidak mampu bertindak efisien.

Abg Bob Syahril was the briefer.

tengkiu Makle for giving me shelter.

terima kasih kepada AJK Publisiti yang berjaya mendapatkan pihak RTM untuk XPDC ini. tapi, tukang rakam video lah je yang ada. tak kisah lah janji market gitewww. but, the interview was just for Pengarah Program and few lucky participants. sebenarnya ada record ramairamai and I was at the very back and very high with Kak Fatin. tapi tak masuk TV pun. sobs. I will attach the RTM recorded video later together with our group's recorded video. hehe.

pemegang microphone tu peserta jugak.

barisan errr waktu perasmian

thanks for allowing us to sit down. panas hoii. batu tajam, sakit montot guwa.

nasib baik lah perasmi tu faham keadaan kitorang yang panas, sakit dan excited tak sabar nak start the journey. hewhew. eh dari tadi asyik sebut perasmi je kan. sebenarnya aku totally tak ingat siapakah beliau. maafkan saya. tapi yang penting orang kampung tu. ketua kampung rasanya. ah STRE~SS tak dapat berikan info yang padat. :P

gimmick

rasa macam gempak lah siap ada gimmick. bila orang ni cut off the tali tangsi, then the bottle did flying fox and hit the national flag yang terikat di platform pukul bantal (apa ni? nanti cerita). finally, three men jumped off into the river. style style.

and we were like very very overwhelmed.


finallyyyyyy we got on the raft! satu benda je aku menyesal. aku ada kasut untuk water sports tapi aku pergi bawak kasut untuk futsal yang aku bantai pergi bawak lari, volleyball, masuk hutan dan sebagainya. bengong betei rasanya bila dah sampai sana. herrrrr =.='

kain batik kononkonon klasik lah. few hours and goneeeeee

i had no idea at all macam mana nak gerakkan rakit tu. so mula-mula ambil gambar pegang buluh ni then letak and stood, observed, kept quiet.

awal-awal journey jadi back.

jjang! SRM-UPM rafting teams

mental jugak bila fikir whoa 22 kilometer siot. jauh jauh jauh penat penat penat. tapi, bila lagi nak train diri jadi tough. ;P

can you see the end?

early part.

we didn't do well pada permulaan journey. all we did were stabilized the raft, and sat without any doubt as the raft followed the river flow. very very calm, relaxing, and happily ever after.

nampak tak chillax dia tu macam mana?

 natijahnya, rakit kitorang lasttttt sekali. jauh ketinggalan. tapi we were like okay cool man. takde hal lah. sampai lah abang bot datang macam saviour request untuk tunda kitorang sampai area rakit-rakit lain. rasa kelakar gila kott. HAHA. at first, we refused and convinced the Abe (we called him "Abe" politely) and ourselves that we could do this. however, Abe succeeded in persuading us to be 'ditunda'. finally, kita di tempat pertama. hoho. *tapi ini bukan competition at all. :)

this is Abe. the most helpful person in this journey. thank you Abe. *I didn't even know his name

saat mereka semua berhempas pulas "kayuh! kayuh! kayuh!", kitorang chit chat happily. hewhew.

pemandangan selepas berada di tempat pertama

selain bot Abe, bot para AJKT juga sebagai observer and guider.

antara cabaran yang ada sepanjang journey tu ialah batu besar, tunggul-tunggul kayu besar, air pusar, air tenang tidak berarus, lubuk, selut, dan sebagainya. other than that, kadang-kadang miscommunication dengan group members tapi itu semua dapat diatasi dengan mudah sekali tanpa ada pergaduhan walau sedetik. ececehh.

one of them

Group Rakit 14 pemenang rakit tercantik.

selain lubuk, ada jugak kawasan cetek. masa tu, apalaga turun rakit lepas tu berenang-renang sambil tolak rakit. ahaii seronok betei lah. air dahlah sejuk. bersih pulak. gambar takde sebab photographer turut menikmati moments itu bersama. ;) tapi sumpah guwa takde berhadas kecil walau sekelumit pun dalam air sungai tu.

dalam pukul 10 journey ni bermula and we were expected to arrive at the checkpoint to have lunch at noon. but it took us almost 5 hours. itu checkpoint halfway. hah. gigih tak gigih. disebabkan tenaga nasi minyak pagi tadi dah habis sebelum sempat sampai checkpoint, maka ...

Cik Rizal yang dah lapar betei.

... megi pun boleee. sempat aje kann. aku pun tak pasti method apa yang digunakan bagi membolehkan beliau menikmati mi segera tersebut.

oh for your information, we could bring anything on the raft. tapi disebakan kenaifan aku yang cetek ilmu ini, aku tak bawak handphone, wallet and CAMERA yang khas aku bawak dari rumah. ggrrr. ralat sungguh macam sistem ralat smp. nak hantar MMS kat Mother pun tak dapat. wuwu. oleh itu yang wajib dibawa ialah makanan and food and air and drinking water. bolehlah daripada drooling tengok group lain berpiknik atas rakit kann.

kacang, coklat, gula-gula, keropok, biskut, roti, jem lady's choice and some more more more.

di kesempatan yang ada, kitorang berdiskusi sikitsikitsikit pasal malam kebudayaan ini malam. alahaii ustazah norbaHAya.

gigih cipta pantun

kadang-kadang kalau nasib tak baik atau tersalah oriented, lalu tersangkut di kawasan cetek dan berpasir, maka harus turun dan menolak ke kawasan yang sepatutnya.


waktu santai juga tidak harus dipersiakan. walaupun seems lagha, tapi apa lagi yang boleh dilakukan di tengah-tengah sungai yang kiri kanannya hanya pokok hutan, depannya tak berpenghujung serta belakangnya yang tidak sanggup untuk berpatah balik.

gigi oversized mode activated!

I tak buang kulit kacang dalam sungai howkeyhh. tapi kawan-kawan I buat. I marah diorang. diorang backup kulit tu boleh decompose. I tetap kata jangan. diorang buat jugak. I taktau nak cakap apa lagi. sorry.

another part of the river.

masa pitstop kat checkpoint tu dapat makan nasi dengan lauk ikan dengan sayur dengan air sirap. lepas tu, boleh solat jamak takyah takdim atas rakit. tapi aku segannn so lepas makan tu berakit ke depan sikit and stop kejap di kawasan pasir rata and solat kat situ. ni pengalaman pertama aku solat dengan pakaian basah, tanpa telekung dan wuduknya air sungai. nasib baik ada bawak kain batik untuk alas. thanks to the men for taking care of their eyes.

sebelum ni ada pergi camping yang tak mandi seminggu pun solat pakai telekung dan wuduk dengan air bekalan. such a precious experience. :D

masih berwajah riang. hoho.

not to forget, the best raft-mates ...

great combination untuk malam kebudayaan nanti. :O

ada satu part tu, kitorang kena tunda dengan bot ramai-ramai. rakit disusun memanjang ke belakang. tiba-tiba je arahan sebegitu diterima. motif? ABANG BESAR SUDAH KELUAR. haa cuak tak cuak tak. tapi Alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku and aku tak nampak pun kelibat buaya yang dikatakan telah mencipta kes melibatkan kematian di sungai tersebut. dan after few minutes, we were released untuk meneruskan perjalanan masing-masing.

masa kena tunda ahaii seronok betei. boleh relax sikit. penat campur panas, itu terbaik. pakai sunblock macam tak pakai. makan nasi macam tak makan. haa cemane tu ce cite.


rakit group aku pernah tersekat kat tunggul, air tenang, lubuk, air pusar. pehh. at some point aku rasa macam nak nangis tau tak. STRE~SS. tapi apa barang kan. tak kental lah cenggitu.

dah almost pukul 6 masih tak sampai lagi ke destinasi. exhausted dia jangan cerita. kadang-kadang rasa bersyukur sebab perjalanan dipendekkan. so, these are several happily tired faces ...


I was in the mood to end this journey palli. cinca palli.






few last kilometers, kitorang gabung rakit dengan beberapa group lain and start gerak sama-sama. time tu aku dah takde idea nak buat apa lalu aku mentidurkan diri untuk beberapa minit. I can still hear what was happening. aku cuma nak rest kan mata jee. underneath pokok klapak bumbung daun kelapa sawit, aku baring sekejap. leganyaaa la haii tulang belakang yang bengkok ni dapat rest kejap.

finallyyyyyyyyy, we arrived! weehoo~ dah memang senja lah time tu. tapi siap sempat buat short recording for new year lagi dalam sungai. pun bole nye la pun aduy. gempak. seronok seronok. waaahh that feeling ...

congratulations :D

perjalanan dari Kampung Delong ke Kampung Jerangau kalau naik bas dalam 20 minit je pun aduy. jadi, bayangkan lah masa dulu-dulu takde jalan segala macam mana orang kampung dari hulu ke hilir, dari hilir ke hulu. ikut arus, lawan arus. hebat sungguh.

disebabkan bas tak boleh masuk dalam, we had to walk for few meters to board the bus. what even worse, we weren't allowed to sit. kesian lah kat diorang yang naik bas tu kan kalau duduk basah-basah. so, berdiri lah dengan gigih nya. guwa sempat tidur kot and Kak 'Ain terkejut. haha. pun bole lahh.


para lembu memang suka beron kat pasir ke ek?

souvenir

masing-masing muka dah macam udang bakar. masa dalam surau tempat tinggal tu, aku dengar lah some of them bersembang perihal muka diorang. chillax lah. aku bersyukur yang aku bukan jenis yang spoil dan 'lembik'. tapi still consider tentang kesihatan and kecantikan. kecantikan more to penampilan. simple but smart. ah apa-apa lah je. I love adventures and sports.

so, final night macam biasa ada malam kebudayaan. final diskusi was at dinner. sempat aje nak plan cenggitu cenggini.

boleh nampak penat dia macam mana?

but we can still smile. :)


group rakit 6 dikenali dengan Group Sunblock. motif? hahaha. because all of them saw us applying sunblock to our faces and hands. termasuklah si Makle ni. haddoii metroseksual ke apa ni? and dia cakap jaga kesihatan. okay accepted.


our group would perform second. the theme was musical. ah aku malas lah nak cerita pasal malam kebudayaan ni. sama jee macam malam kebudayaan apa-apa program. cuma yang lainnya, members. ;D

lagu dodoi Mat Travolta malam pertama tu adalah disebabkan rehearsal para AJK yang akan buat persembahan malam ni. they dance!

cucuk de bom.

semua keputusan akan diumumkan pada majlis penutup esok hari. so, please look forward for Medianlog Rakit #3 yaww! :D

and the last picture of the dayyyyyy

post-mortem

menurut seniors dalam SRM ni, aktiviti berakit sebelumsebelum ni lagi mencabar. buat rakit sendiri, lawan arus, ada jeram, macam-macam lah. insyaAllah aku akan join lagi program ni tahun depan. annual activity kot ni. daebak! terbaik! ^_^

p/s :: matilah kau di dalam hatiku.