Tuesday, 20 December 2011

bas oh bas.

kelas pukul 10 pagi harini. aku tunggu bas dalam 9. 40. selama 13 minggu yang lepaslepas, timetime camni konfem ada bas nak bawak aku pegi fakulti tersedia kat bawah tu. tapi harini turunturun je, kosong kat bawah tu. sejibik bas pun takde. dgn orang  ni yg berbondong-bondong tunggu. konfem dah ni lambat sampai kelas. tengku pulak tu. memang nak kena perli la kalau lambat and i hate that situation much. dua bas kolej lain lalu, fine semua pun penuh takmampu nak tolong kitorang. lastly ada la jugak 5 minit sebelum pukul 10 tu. tu pun dah separuh penuh dengan budak kolej l3. berbekalkan pengalaman yang ada, berasakla dengan baju kurung. okayla dapat naik and sampai kelas before tengku sampai. and class ran like usual.

balik pulak, memang selalu lambat susah nak dapat bas. driver memang malas pepetang nak amik budak kat fakulti. memang sakit hati kalau sampai kolej je nampak bas berderetderet tak jalan. driver pulak tengah rancak bersembang sambil hisap rokok. peh. dua bas jugak aku lepas tadi sebab penuh. lastly dapat naik and macam selalu, full. tambah malang, ada bau yang kurang menyenangkan. sumpah rasa nak muntah. tapi alhamdulillah sempat sampai kolej. fineee.

apa yang aku nak cakap is, setiap kali berlaku kesusahan yang harus aku hadapi, aku mesti akan fikir, apalah dosa yang aku buat harini sampai jadi macam ni. serius. rasa sedih sangat kalau dilanda kesukaran kesukaran yang mematahkan semangat dan mood. plus, aku pulak jenis yang bila stress memang mental. sebab tu aku tak melepasi tahap bahagian pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam soal selidik MY3S. dah lama dah aku perasan cuma aku belum mampu berfikir macam ni masa tu. situasi harini boleh tahan lagi. sebelum ni lagi teruk. dari pagi sampai ke malam ada je benda yang tak kena. kafarah dosa ke ni? hmm.

penghijrahan kepada yang lebih baik memang senang. apa yang susah is nak kekalkan. macam aku lah. :( ingat senang ke nak jadi baik? ; bila nafsu mula mengatasi iman dan akal.

p/s :: kita sama sahaja, bezanya cuma amalan kita. -insan-

No comments:

Post a Comment